Saturday, November 20, 2010

Sekumpulan Orang Gila - SOG - Review



Wassup y'all.. salam aidil adha diucapkan kan kat korang semua.. rasa tak lambat lagi nak wish kan... well untuk review kali ni nak la Gigs zone mengila kan diri pabila bertemu dengan berbudak2 dari bands sekumpulan orang gila ni.. (SOG).

Bands SOG bermula dari pertengahan tahun 2005 dengan hanya 3 ahli sahaja yang benar-benar ingin menubuhkan sebuah bands iaitu Adek, Nazrin dan Razali.Kemudian mereka memutuskan untuk menamakan band mereka "Sound Of Genocide" iaitu sebuah band yang ber genrekan ROCK dan lebih banyak dipengaruhi oleh bands System Of A Down... Mula Serius untuk melangkah lebih jauh lagi pada awal 2008, mereka mula bermain di gigs-gigs dan Mel...dengan kemasukan Acap juga pada tahun yang sama so diaorg telah menjadi semakin mengila dan terus menukar nama Bands dia orng menjadi nama Sekumpulan Orang Gila (SOG) seperti mana yang korang kenal pada hari ini. dan pada akhir tahun 2008 diaorg telah melancarkan sebuah promo yang pertama (sel-recoding). Kemudian pada pertengahan Tahun 2009 Sam telah pun mendaftarkan diri sebagai (Frontline) SOG. Dan Semakin SOG semakin Mengila setelah Nazhar memasuki Bands ini yang mengganti Sam yang di sah kan waras pada pertengahan tahun 2010.



Semenjak itu, SOG telah banyak dipengaruhi oleh genre muzik daripada British Rock seperti Muse, Radiohead dan Coldplay sehingga la genre muzik yag lebih berat seperti The Devils Wears Prada, Asking Alexandria dan Underoath. Dengan kelebihan Ilmu yang dimiliki oleh Nazrin dan Adek perolehi daripada Universiti tempat diaorg Study, mereka telah mengadaptasikan ilmu mereka kedalam SOG. Dengan mengabung kan muzik yang lebih universal seperti African, Indian dan Arabic beats + melodies, Malay traditional tunes dan sedikit elemen klasik seperti muzik dari baroque dan romantic period.Mereka telah berjaya menciptakan sebuah genre amat unik (crossover/hybrid) yang boleh dipersembahkan dimana-mana bentuk persembahab seperti underground gigs, prom night, corporate events, acoustic session dan juga event mainstream.



mesti korang slalu tertanya-tanya.... KENAPA?? kenapa band ini dipanggilkan Sekumpulan Orang Gila?? kalau korang nak tahu korang kena la tengok sendiri SOG beraksi live dengan mata korang sendiri. kemudian baru la korang tahu. ahahaha...dengan mengunakan nama SOG sebagai trandmark atau aset mereka. Bebudak SOG akan mempersembahkan sebuah persembahan yang amat mantap, bersemangat tinggi, dan amat Bertenaga sekali serta mempunyai showmanship yang mantap.. senang kat la korang pasti gila punya.. kadangkala mereka juga memainkan peralatan muzik yang amat jarang digunakan masa gigs macam Cello dan seruling buluh menjadikan SOG ni sebuah band yang unik dan lain daripada yang lain. kadangkala juga SOG akan mengunakan Visual effect yang unik dan jarang digunakan agar dapat membawa semua crowds menghayati pengalaman muzik yang lebih mendalam.

SOG kini terus melangkah lebih jauh dan juga SOG telah pun menjadi juara didalam pertandingan Battle of Acoustics 2010 di Lepaq Cafe, Kelana Jaya dan juga Nazrin telah mendapat tempat kedua dalam Rancangan KEYNOTE (Rancangan Realiti TV dari ASTRO "searching for talented composer and producer around Malaysia").



Booking agent:
Adek (+60172416167)

Members:
Acap : Frontman,Vox
Nazrin : Guitar,Cello,Flute,Vox
Adek : Guitar,Backup Vox
Mel : Bass
Naz : Keys,Synthesizer
Lee : Drum
Genre:
Alternative/Hardcore/Melodrama
Hometown:
Kuala Lumpur
Record label:
Unsigned

1 comment:

  1. Dia org ni mmg GILA!!! tapi gile BEST!!!!

    Mika

    ReplyDelete