Sunday, November 14, 2010

DEAD EYES GLOW Review



DEAD EYES GLOW – Telah pun ditubuhkan pada pertegahan tahun 2006 (6.6.6) oleh lima Pemuda yang meminati Genre Hardcore, ingin berkongsikan minat mereka.. muzik yang berat dan juga bingit!! Ianya bermula pabila AREN kembali ke kampong halaman nya ( Kuala Terengganu ) dan menubuhkan Bands Metal/Hardcore yang baru bersama abangnya APIT bagi mewakili Bands HC di Pantai Timur.

Pencarian untuk line-up bands tidak mengambil masa yang lama memandangkan Naza,Munk and Naem juga sering melepakkan diri bersama - sama juga mereka mempunyai minat di dalam genre yang sama. Pada Disember 2008, Zack telah pun menyertai band sebagai vokalis. Pada Mac 2009, Naem Telah pun meninggalkan kumpulan ini disebabkan masalah peribadi yag tak dapat dielakkan manakala Naza K menyertai band ini secara rasminya pada julai 2009 bagi mengantikan posisi bassist. Ini bagi memberikan lebih ruang untuk MUNK menumpukan perhatian pada kerjaya nya. Walau bagaimanapun , MUNK akan terus berkarya dan membantu DEG dari masa ke semasa.

Di inspirasikan dari English Metal bands seperti Architects, Bring Me The Horizon, The Eyes Of A Traitor, Your City Is Forgotten & Centurion, mereka berusaha di dalam karya-karya mereka bagi menyampaikan perasaan dan kepercayaan mereka.
Dilahirkan serta membesar di sebuah pecan kecil di pantai timur ( Kuala Terengganu ) menyemarakkan lagi semangat mereka untuk membawa suatu kelainan dalam scene metal/hardcore MALAYSIA. Nama DEG itu Sendiri membawa suatu simbolik pada kehidupan mereka. Dengan membawa gabungan genre death metal dan technical hardcore dipengaruhi dengan progressive chromatic approaching, heavy riffing, sick blast beats and perasaan dan semangat mereka sendiri, Dead Eyes Glow melakukan suatu persembahkan yang amat bertenaga dan dinamik. Persembahan yang bertenaga disertai dengan kekuatan dan minat yang mendalam pada genre hardcore/metal music merupakan kekuatan bagi band ini. Ini hanya satu permulaan bagi Aren,Apix,Munk, Naza G, Naxa K and Zack dalam liku-liku perjalanan yang panjang dan mereka akan terus teguh berdiri teguh bersama-sama.

- standing up with arms to arms -



Untuk maklumat lanjut :-

historic_records@yahoo.com
dead_eyes_glow@yahoo.com

No comments:

Post a Comment