Saturday, November 20, 2010

Sekumpulan Orang Gila - SOG - Review



Wassup y'all.. salam aidil adha diucapkan kan kat korang semua.. rasa tak lambat lagi nak wish kan... well untuk review kali ni nak la Gigs zone mengila kan diri pabila bertemu dengan berbudak2 dari bands sekumpulan orang gila ni.. (SOG).

Bands SOG bermula dari pertengahan tahun 2005 dengan hanya 3 ahli sahaja yang benar-benar ingin menubuhkan sebuah bands iaitu Adek, Nazrin dan Razali.Kemudian mereka memutuskan untuk menamakan band mereka "Sound Of Genocide" iaitu sebuah band yang ber genrekan ROCK dan lebih banyak dipengaruhi oleh bands System Of A Down... Mula Serius untuk melangkah lebih jauh lagi pada awal 2008, mereka mula bermain di gigs-gigs dan Mel...dengan kemasukan Acap juga pada tahun yang sama so diaorg telah menjadi semakin mengila dan terus menukar nama Bands dia orng menjadi nama Sekumpulan Orang Gila (SOG) seperti mana yang korang kenal pada hari ini. dan pada akhir tahun 2008 diaorg telah melancarkan sebuah promo yang pertama (sel-recoding). Kemudian pada pertengahan Tahun 2009 Sam telah pun mendaftarkan diri sebagai (Frontline) SOG. Dan Semakin SOG semakin Mengila setelah Nazhar memasuki Bands ini yang mengganti Sam yang di sah kan waras pada pertengahan tahun 2010.



Semenjak itu, SOG telah banyak dipengaruhi oleh genre muzik daripada British Rock seperti Muse, Radiohead dan Coldplay sehingga la genre muzik yag lebih berat seperti The Devils Wears Prada, Asking Alexandria dan Underoath. Dengan kelebihan Ilmu yang dimiliki oleh Nazrin dan Adek perolehi daripada Universiti tempat diaorg Study, mereka telah mengadaptasikan ilmu mereka kedalam SOG. Dengan mengabung kan muzik yang lebih universal seperti African, Indian dan Arabic beats + melodies, Malay traditional tunes dan sedikit elemen klasik seperti muzik dari baroque dan romantic period.Mereka telah berjaya menciptakan sebuah genre amat unik (crossover/hybrid) yang boleh dipersembahkan dimana-mana bentuk persembahab seperti underground gigs, prom night, corporate events, acoustic session dan juga event mainstream.



mesti korang slalu tertanya-tanya.... KENAPA?? kenapa band ini dipanggilkan Sekumpulan Orang Gila?? kalau korang nak tahu korang kena la tengok sendiri SOG beraksi live dengan mata korang sendiri. kemudian baru la korang tahu. ahahaha...dengan mengunakan nama SOG sebagai trandmark atau aset mereka. Bebudak SOG akan mempersembahkan sebuah persembahan yang amat mantap, bersemangat tinggi, dan amat Bertenaga sekali serta mempunyai showmanship yang mantap.. senang kat la korang pasti gila punya.. kadangkala mereka juga memainkan peralatan muzik yang amat jarang digunakan masa gigs macam Cello dan seruling buluh menjadikan SOG ni sebuah band yang unik dan lain daripada yang lain. kadangkala juga SOG akan mengunakan Visual effect yang unik dan jarang digunakan agar dapat membawa semua crowds menghayati pengalaman muzik yang lebih mendalam.

SOG kini terus melangkah lebih jauh dan juga SOG telah pun menjadi juara didalam pertandingan Battle of Acoustics 2010 di Lepaq Cafe, Kelana Jaya dan juga Nazrin telah mendapat tempat kedua dalam Rancangan KEYNOTE (Rancangan Realiti TV dari ASTRO "searching for talented composer and producer around Malaysia").



Booking agent:
Adek (+60172416167)

Members:
Acap : Frontman,Vox
Nazrin : Guitar,Cello,Flute,Vox
Adek : Guitar,Backup Vox
Mel : Bass
Naz : Keys,Synthesizer
Lee : Drum
Genre:
Alternative/Hardcore/Melodrama
Hometown:
Kuala Lumpur
Record label:
Unsigned

Monday, November 15, 2010

Satu Perpuluhan Satu Gigs Memori



25hb Disember · 2.00 pagi - 9.00 pagi
Lokasi Soundmaker,Penang

Satu Generasi



persembahan daripada :

- Migrain
- Hurly Burly
- Excuse Me
- The Raskens
- Nameless
- Vigil
- Mindset
- 199X
- HSDD
- JuxtoposeD (Penampilan Istimewa)
- DISH (Pelancaran Single "ASTAKONA" kepada pendengar Utara)
- Green Love (Pelancaran Album "LAST TIME MISTAKE" kepada pendengar Utara)

Harga Tiket Biasa (pintu)= RM 18 percuma CD+ pelekat (terhad kepada 100 org terawal)

Harga Tempahan Tiket= RM 15

Perkhidmatan Bas:
Alor Setar - Penang - Alor Setar
RM 20 (pergi balik) + RM 15 (tiket masuk)=RM 35
-tempahan sebelum 30 November 2010-

untuk tempahan sila hubungi = 017 - 244 9609 / 019 - 578 0062

Penganjur : Satu Gigs
T-Shirt Rasmi : The Absolute Clothing
Fotografi Rasmi : Adamerah photography

Dengan Sokongan : LOCKLUCK, JUXTA ART PRODUCTION, DAYXSTREET, STYLISH, SUBNOISE, T.P.K, DE ART CUBE STUDIO, STELLIZER MUSIC & KONSEMA.

BELIA BENCI DADAH & SAY PEACE TO THE WORLD

Satu Gigs = Generasi Ini Generasi Seni

JUMPA ANDA DI SANA!!

Sunday, November 14, 2010

DEAD EYES GLOW Review



DEAD EYES GLOW – Telah pun ditubuhkan pada pertegahan tahun 2006 (6.6.6) oleh lima Pemuda yang meminati Genre Hardcore, ingin berkongsikan minat mereka.. muzik yang berat dan juga bingit!! Ianya bermula pabila AREN kembali ke kampong halaman nya ( Kuala Terengganu ) dan menubuhkan Bands Metal/Hardcore yang baru bersama abangnya APIT bagi mewakili Bands HC di Pantai Timur.

Pencarian untuk line-up bands tidak mengambil masa yang lama memandangkan Naza,Munk and Naem juga sering melepakkan diri bersama - sama juga mereka mempunyai minat di dalam genre yang sama. Pada Disember 2008, Zack telah pun menyertai band sebagai vokalis. Pada Mac 2009, Naem Telah pun meninggalkan kumpulan ini disebabkan masalah peribadi yag tak dapat dielakkan manakala Naza K menyertai band ini secara rasminya pada julai 2009 bagi mengantikan posisi bassist. Ini bagi memberikan lebih ruang untuk MUNK menumpukan perhatian pada kerjaya nya. Walau bagaimanapun , MUNK akan terus berkarya dan membantu DEG dari masa ke semasa.

Di inspirasikan dari English Metal bands seperti Architects, Bring Me The Horizon, The Eyes Of A Traitor, Your City Is Forgotten & Centurion, mereka berusaha di dalam karya-karya mereka bagi menyampaikan perasaan dan kepercayaan mereka.
Dilahirkan serta membesar di sebuah pecan kecil di pantai timur ( Kuala Terengganu ) menyemarakkan lagi semangat mereka untuk membawa suatu kelainan dalam scene metal/hardcore MALAYSIA. Nama DEG itu Sendiri membawa suatu simbolik pada kehidupan mereka. Dengan membawa gabungan genre death metal dan technical hardcore dipengaruhi dengan progressive chromatic approaching, heavy riffing, sick blast beats and perasaan dan semangat mereka sendiri, Dead Eyes Glow melakukan suatu persembahkan yang amat bertenaga dan dinamik. Persembahan yang bertenaga disertai dengan kekuatan dan minat yang mendalam pada genre hardcore/metal music merupakan kekuatan bagi band ini. Ini hanya satu permulaan bagi Aren,Apix,Munk, Naza G, Naxa K and Zack dalam liku-liku perjalanan yang panjang dan mereka akan terus teguh berdiri teguh bersama-sama.

- standing up with arms to arms -



Untuk maklumat lanjut :-

historic_records@yahoo.com
dead_eyes_glow@yahoo.com

Monday, May 10, 2010

XBOODARKXclothing

Ini adalah salah satu Clothing Label Undergrounds yang kian meningkat naik dan berasal daripada terengganu.... mari kita ikuti review yang telah dibuat..peace




XBOODARKX = ‘budak’

‘X..…X ‘ = hruf X yang mengapit words BOODARK tu membawa maksud pegangan straight edge iaitu merujuk pada gaya hidup dan gerakan pemuda yang bermula dalam subkultur hardcore punk yang pengikutnya membuat komitmen seumur hidup untuk menahan diri dari minum arak, tidak menggunakan produk tembakau, tidak mengambil dadah , tidak terlibat dalam sex bebas & ada segelintir vegetarian.
No drug , no alchohol , no free sex , not using tobacco product , animal right
We’re drug free!!
Founder & designer : AGHIEH xBCx
Support by : LOBO SCUCK ( city printing )
: JOHN ANAH
: BUYOM
: BOB

xBCx bermula pada tahun 2009 oleh AGHIEH xBCx…bermula dengan projek 1st xBCx iaitu rilisan tee utk 2 team futsal iaitu NEIGHBOUR KILLER FC & HINGUSAN FC adalah titik mula kewujudan xBCx…selepas tee utk team futsal Berjaya dikeluarkn , idea utk memperkembangkan lagi label xBCx mula timbul & xBCx mula bekerjasama dgn CITY.PRINTING utk memperkembangkan lg label ini….pada mulanya dsgn2 xBCx lebih bertemakan kepada STRAIGHT EDGE (sXe) ….namun setelah dibuat beberapa perbincangan , xBCx mengambil keputusan utk bekarya secara lebih universal dan sehingga sekarang dsgn2 xBCx lebih bertemakan ALTERNATIVECORE…tidak terlampau garang & tdak terlampau lembut….dsgn2 xBCx juga lebuh kepada penggunaan warna2 yang cerah kerana kami ingin menghasilkn dsgn y lebih ceria…..kami juga menyediakan perkhidmatan printing utk sesiapa yang ingin menempah dengan kami..

ini adalah antara design2 xBCx yang bertemakan sXe



PROTÉGÉ MUSIC COMMUNITY adalah antara label yang telah menaikan nama xBCx apabila xBCx bekerjasama dgn PROTÉGÉ didalam sirkit gig 1st xBCx…NASI DAGANG RAYA GIG 09 anjuran PROTÉGÉ adalah titik mula xBCx memasuki arena gig apabila dibenarkan utk membuka booth jualan t-shirt xBCx….xBCx juga telah Berjaya meriliskan tee terbaru kami pada hari tersebut….ini adalah gig 1st & juga our 1st launching tee…..kami amat berterima kasih kepada PROTÉGÉ kerana telah member peluang sebesar itu utk xBCx….sambutan pada masa itu agak menggalakkan…byk juga tee xBCx y berjaya dihabiskn pada hari tersebut….

xBCx 1st TEE LAUNCHING



utk pengetahuan, pada hari launching terdapat juga antara crowd2 y hadir pada gig tersebut tlah memakai tee y tlah di dsgn oleh xBCx..TURTLE MOSH BRIGED (TMB) telah mnjdi klien pertama kami utk rilisan tee altrntivcore...TMB telah mnempah khas tee utk gig tsebut….kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan TMB….



xBCx juga menerima tempahan2 daripada klien untuk design tee, logo , font & etc….antara klien2 xBCx adalah seperti EMERSKY , TMB , A KISS BEFORE SUNSET , SEKUMPULAN ORANG GILA , DAISY HONEY , HEART-A-TACK & byk lagi…..xBCx juga telah bekerjasama dengan sebuah band DEATH METAL drp Indonesia iaitu STUDENTS HATE SCHOOL….

Antara font logo drp xBCx







xBC x skrg sdng dlm perancangan utk meganjurkn gig sdri utk prtma kalinya…namun tarikh belum di tentukan lagi kerana terdapat sedikit masalah yang tak dapat di elakkan…buat masa sekarang event terdekat yang akn di sertai xBCx adalah gigs yang akan di anjurkan oleh JAPAKIYA & SPEACESIS clothing iaitu KL BIG PARTY part 1…dan event y seterusnya xBCx akn mnjdi supporting label juga utk 1 event di KEDAH brsama dgn Sid drp DEADEND clothing….



Buat masa sekarang, xBCx sedang dalam persiapan utk mengeluarkan tee terbaru dalam masa tedekat…dijangkan akan dikeluarkan dalam bulan JUN-JULAI ini…untuk pengetahuan juga, baru2 ini xBCx baru sahaja mengeluarkan tee TURN TO TRASH dan jualanya hanya mngambil masa 1 minggu untk dihabiskan…terima kasih kepada semua supporter xBCx…
Skrang xBCx dalam proses menyiapkan beberapa design untuk rilisan seterusnya…xBCx juga sedang menunggu pengesahan daripada band ganu technical hardcore DEAD EYES GLOW utk design yang baru sahaja disiapkn… xBCx juga dalam perancangan untuk berkersama design band screamo drp Glasgow United Kingdom iaitu YASHIN…

Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai XBOODARKXclothing
www.myspace.com/boodarkclothing
www.boodarkclothing.blogspot.com

atau hubungi AGHIEH xBCx : 0136013034
: boodarkcasual@yahoo.com

p/s ::

xBCx juga ad membuat side project label yang bertemakan couple tee set yang diberi nama myOne merch …. Ini adalah kerana permintaan daripada rakan2 untuk mengeluarkan design2 yang sedemikian rupa..hahaha

www.myonemerch.blogspot.com

Wednesday, May 5, 2010

Flames Festival


Flames Festival is a place where to discover great new bands as well old and new favorite. This festival line-up will assemble together and wonder how so much ROCK from around Malaysia. We are giving a new playground for all who dare to come and show how good they are

This is the first attempt to create phenomenon industry music in Malaysia. Extreme Music like Metal and Hardcore has been around in our industry for quite some time. From this phenomenon, Flames Festival was born

This project has been planned since 2009, and now it is time to execute. Starting with a medium scale event, we will keep the intention to make it the biggest festival in Malaysia. With a vision of crossover between metal and hardcore, we are creating a mass hysteria in Malaysia, youngsters and music lover


“We believe, music can create UNITY “One Malaysia”

VISIT OFFICIAL SITE FOR FREE TICKETS, PRE-SALE AGENT AND MERCHANDISE : http://www.flamesfestival.com/


Featuring :


Siksa Kubur ( Indonesia )
The Vampirates ( Australia )
Fall Of Mirra ( Singapore )
Black Territory
The Federated a.k.a Aisunam
Incarnation
Kids On The Move
The Padangs
Dichi Michi
This Sunday
Caladrius
Wynken Delirium
Proclaim My Victory
Catasrophs


For line-up bio & details :

http://www.flamesfestival.com/lineup

Facebook Fan Page :
http://www.facebook.com/flamesfestival

Myspace ( buddy icon and animated banner here! ) :
http://www.myspace.com/flamesfestivalmalaysia

for Official Video Teaser, click here:
http://www.youtube.com/watch?v=SroHOTHlpm0


PRESALE : RM20 | AT THE DOOR : RM25


ORGANIZED BY :

http://www.facebook.com/streetsignal
http://www.myspace.com/streetsignal
http://www.twitter.com/streetsignal